Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 138

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, ya TUHAN;

di hadapan "tuhan-tuhan" aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.

2Aku akan menyembah ke arah Bait Suci-Mu

dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan,

kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu

dan nama-Mu di atas segala sesuatu.

3Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku;

dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku.

4Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya TUHAN,

apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu.

5Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN,

kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN.

6Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan,

tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh.

7Meski aku berjalan di tengah-tengah kesusahan,

Engkau akan memulihkan aku;

Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku,

dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku.

8TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku;

kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya – janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.